Food for Thought
Sunday, January 03, 2010
I have a few interesting reads to share...
1) Siapakah orang-orang yang berakal?
2) Terima kasih ya Allah kerana memilihku
3) Salah faham umat Islam mengenai bab jodoh***
***Yang ni aku setuju!
"Anda tidak perlu TAKUT siapakah jodoh anda kerana pasangan anda sudah pun ditentukan oleh Allah SWT dan apa yang perlu anda lakukan ialah untuk berusaha mendapatkan calon yang soleh dan solehah sebagai memenuhi PERINTAH ALLAH dalam keadaan anda penuh sedar dan yakin ianya sudah ditetapkan."
"Tiada sesiapa termasuk anda dan ulama dapat mengetahui siapakah lelaki atau wanita yang sesuai atau baik untuk anda. Mr. Right atau Mrs. Right tidak akan dapat diketahui oleh Kita selama-lamanya tanpa WAHYU di sisi."
"Majoriti orang "menyelidik", "mengkaji" latar belakang calon pasangan masing-masing dengan tujuan "merisik" mencari calon yang paling sesuai dan terbaik. Hakikatnya hanya ALlah yang mengetahui, boleh jadi setelah dikaji "di dalam makmal"maka didapati seorang wanita itu baik untuk kita atau sebaliknya namun setelah berkahwin dan hidup bersama maka dia kemudiannya berubah hati dan menjadi jahat serta menyeleweng."
"Jangan membuang masa mencari Mr. Right atau Mrs Right sehingga mengabaikan tanggungjawab kita yang banyak. Masa kita terhad, maka perlu dipergunakan semaksima mungkin di dalam gerak kerja ibadah kita seharian."
"Hal ini membuktikan bahawa Islam menganggap perkahwinan itu cuma alat dan tools untuk merealisasikan perjuangan dan tuntutan ibadah bagi menyalurkan keperluan fitrah manusia ke arah yang halal. Lantas untuk orang yang sedar akan segera memahami bahawa adalah tidak perlu untuknya mengambil masa yang lama untuk memberi respon kepada jemputan atau pinangan perkahwinan apabila dirinya dipinang jika cara dan kaedah yang digunakan adalah menurut syarak."
4) Bukan Awla' Membawa Alpa
"Kerap kali saya berjumpa di profile orang yang "menambah" saya di facebook mereka sebagai penggemar filem korea dan peminat novel ayat-ayat cinta.
Bukan sukar untuk saya menemui gadis-gadis bertudung labuh dan berpurdah yang "bergedik" dengan lagu-lagu nasyid bertema cinta.
Apabila kehidupan yang dilalui saban hari tidak didasari oleh Aqidah yang Sahih, manhaj kehidupan yang berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah maka kehancuran umat adalah semakin dekat.
Bagi menghadapi situasi yang sukar ini saya berpendapat sudah tiba masanya cerita-cerita wanita Islam dan tokoh salaf terdahulu perlu ditampilkan kepada massa.
Islam (yang sahih) perlu mengambil alih dunia...
Kisah berkenaan Khadijah isteri yang setia perlu diketengahkan bagi mengantikan cerita cinta yang hina, kisah Zubaidah isteri Khalifah Harun Ar-Rasyid yang bijaksana perlu ditampilkan bagi mengantikan cerita Cleopatra yang jelek.
Pengajaran-pengajaran berkenaan kisah hidup wanita salaf terdahulu seperti teladan isteri-isteri rasulullah, para sahabat wanita perlu disuburkan sentiasa kepada para gadis dan wanita Islam agar mereka terbiasa dengan agama.
Kita perlu ketengahkan kepada mereka bahawa para wanita salaf terdahulu tidaklah bercinta sebelum nikah, tidak bercouple dan berkasih-kasihan sebelum diakad nikah.
Kita perlu cerita kepada mereka para sahabat wanita berkahwin dan bercerai sebagai fitrah dan lumrah kehidupan. Zainab Al-Jahsyi merupakan isteri kepada Zaid bin Haritsah anak angkat rasulullah dan setelah bercerai dengan Zaid maka Zainab kemudian telah dikahwini pula oleh rasulullah, bapa angkat kepada bekas suaminya ~ No hard Feeling...tanpa segan silu...tanpa resah pilu atau nasyid dan sendu...
Kita perlu bercerita kepada mereka Umar bin Khattab yang tua meminang anak Ali bin Abi Tolib bernama Ummul Kultsum yang masih muda usia dan ~ No hard feeling...tiada menjadi berita sensasi atau menjadi tajuk utama di media massa...
Kita perlu bercerita kepada mereka bahawa rasulullah di datangi oleh wanita yang menawarkan diri kepadanya dan apabila baginda tidak menginginkan wanita tersebut maka sahabat yang berada di sisi baginda meminta untuk menikahi wanita itu dan baginda kemudian menikahkan mereka dengan mahar daripada ayat Al-Quran lantaran kemiskinan lelaki itu....tiada menjadi heboh dan kecoh semua jiran tertangga...habis mengata sekampung...miskin tapi gatal nak berkahwin...
Ianya berlaku sekelip mata ~ no hard feeling.
Sungguh Islam yang di amalkan oleh mereka (kaum muslimin) di zaman salaf adalah sangat berbeza dengan kita."
"Sekiranya jumlah pelajar yang menyertai pertandingan menulis kitab, risalah ilmiah, menghasilkan karya sirah dan sejarah Islam, ulasan dan kajian masalah feqah berjumlah 100 buah karya setahun bayangkanlah jumlah naskah ilmu yang akan terhasil apabila 2 tahun ? 5 tahun ? dan seterusnya... Banyak di kalangan kita lupa dan alpa perkara yang awla sehingga mereka terjebak dengan masalah-masalah dan perbuatan yang membuang masa."
5)Islam anda tafsiran siapa***
***In my effort searching for what is the truth and what isn't
"Tafsiran Islam yang terbaik dan paling sempurna ialah apa yang ditafsirkan oleh rasulullah kepada para sahabat baginda radiallahuanhum.
Tafsiran itu namanya Sunnah !
Ianya disebut sebagai sunnah di dalam bahasa arab yang bermaksud : “ Jalan atau teladan yang ditinggalkan oleh rasulullah kepada umat-Nya baik melalui ucapan baginda, perbuatan atau taqrir (pembenaran) baginda. “ (Qawaid Fil Bayan Hakikatul Iman Indal Ahlul Sunnah Wal Jamaah, ms.22)
Imam Ibnu Rejab (Abd Rahman bin Ahmad, meninggal 795 Hijrah) menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan sunnah itu ialah : “Jalan yang dilalui oleh nabi salallahualaihiwasalam dan para sahabatnya yang selamat daripada syubhat dan syahwat.” (Kasyfu Al-Kurbah Fi Washfi Hal Ahli Gurbah, ms. 15)
Maksud sunnah ini pelbagai namun semuanya merujuk kepada makna yang satu iaitu tafsiran rasulullah terhadap agama ini yang perlu menjadi teladan dan ikutan kita di dalam memahami agama.
Malangnya tafsiran ini semakin lama semakin menjauh daripada kita kerana perbezaan jangka masa dan waktu yang jauh di antara kita dan rasulullah yang mencapai seribu tahun lebih. Menafsirkan Al-Quran dengan tafsiran rasulullah dan memahami Islam dengan kefahaman rasulullah ialah merupakan hikmah dan pertunjuk kebenaran.
Inilah yang disebut di dalam Al-Quran dengan bermaksud : “Sesungguhnya Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang sangat banyak.” (Surah Al-Baqarah : 269)"