La Tahzan La Tahzan La tahzan

Life is a university for us. Let's strive for all-round success. Hidup ini tarbiyah untuk kita. Ayuh usaha untuk kejayaan dunia dan akhirat.

Orang Ketiga  

Sunday, December 13, 2009

Marliyana ada banyak cerita niari. Marliyana tak tau nak mula dari mana. Random k.

Marliyana lapar. satu hari cuma makan kuih belanda (yang biscuit roll tu), nasi minyak pat jemputan tengahari tadi dan 1 roti sardine bersalut telur. Tapi kat rumah tinggal maggi je and Marliyana ngah pikir banyak-banyak kali pasal MSG dalam maggi. Marliyana taknak jadi bodoh. Marliyana suka jadi pandai.

Marliyana niari bangun awal. Pukul 2 pagi bangun belajar Tafsir, pukul 4 tertido, pukul 5 bangun balik, pukul 6 tertido, pukul 7 bangun balik. Alhamdulillah dapat habis 90% ulangkaji, tapi bila duduk untuk exam tu cam tak tahu cammane nak apply. Lagi-lagi kertas 2, closed book, dia mintak hukum yang rajih (ni ok jugak) berserta hujjah-hujjah ulama'-ulama'! Nama ulama' semua dah mixed up, apa tak nye ada agaknya 20-30 hukum. Nak hafal ayat-ayat Qur'an & hadith-hadith tak kesampaian, jadi exam tu tulis ajelah sehampir mungkin dengan dall-dalil yang ingat. Tak exact words.

Exam tafsir tu kat Jurong West, dekat dengan NTU/NIE. Lepas kertas 1, Marliyana langsung mulakan Kertas 2, tanpa rehat 1/2 jam seperti lazimnya sebab Marliyana nak cepat. Lepas Kertas 2, Marliyana singgah asrama jap, pastu ikut parents gi jemputan kat Chai Chee. Pat jemputan ada kawan dari masjid istighfar, kenal dari ITQAN & qiyam pat En-Naeem kelmarin, jadi kendarat. Tapi tengok dia, dia buat bodoh, takde wajah untuk menunjukkan dia recognise Marliyana pon, jadi Marliyana pon buat bodoh ah. Makanan pat jemputan tu sedap, rasanya sama caterer dengan caterer untuk majlis makcik Marliyana minggu lalu. Creative kalau tak silp. Gitu lah namanya.

Lepas Zohor, Marliyana gi madrasah pat Tampines pulak, untuk Kertas Kepimpinan Dalam Islam. Marliyana rasa Kertas 1 okeh, tapi sebahagian daripada Kertas 2 susah sangat. Marliyana main hentam aje.

Lagi 5-10 minit nak tamat peperiksaan, Marliyana hantar kertas sebab dah tak boleh fiir lagi. Marliyana jumpa parents pat Afghanistan, minum bandung dalam beberapa teguk sahaja terus jalan-jalan sikit ngan mak. Baju-baju dekat daerah situ lawa-lawa, dan walaupun rasa perlu untuk beli baju baru, Marliyana tak beli sebab tak bawak duit lebih, dan malas nak withdraw. At last, mak Marliyana belanja beli 2 pyjamas, sebab pyjamas yang ada dah tinggalkan kat asrama. $6 kat lelong, murah lah tu.

Malam, Marliyana ikut mak dan makcik Marliyana jalan-jalan kat Tampines. Nak katakan shopping, boleh jugak arh. Marliyana beli 2 kasut & 1 seluar tracks. Memang dah lama nak beli kasut, untuk pakaian semi-formal kat sekolah & untuk bila pakai jubah (tak senonoh gitu pakai jubah abistu pakai kasut $6.90 yang mak label sebagai 'kasut nyonya' yang Marliyana biasa pakai tu), jadi bila ada kasut semurah $10.80 & $15.90, Marliyana belilah.

Itu je kejadian hari ni sebenarnya...

Tapi adalah hal-hal lain. Marliyana masih memikirkan tentang apa yang Marliyana 'belajar' Jumaat & Sabtu lalu. Walaupun Marliyana belum dapat menerima semuanya dan memberikan kata akhir, sekurang-kurangnya, Marliyana rasa Marliyana dah mempunyai suatu pendirian yang sesuai buat masa ni, supaya tak terlalu stress fikirkan ni.

Marliyana rasa Marliyana banyak stress kebelakangan ni. Sebab asyik pening-pening kepala macam migraine. Nak jumpa doktor macam tak perlu, tapi takut jugak kalau ada apa-apa tak kena. Semoga dijauhkan sebarang penyakit dan musibah. Amin. Lebih-lebih lagi Marliyana baru-baru ni dengar cerita ada orang sakit-sakit kepala, rupanya darah tinggi sampai satu hari tahap tekanan darahnya terlalu tinggi sehingga urat dalam otak pecah menyebabkan stroke sebelah badan dan kehilangan kebolehan untuk berkata-kata.

Oh, kelmarin bila Marliyana pergi Body Worlds, Science Centre & Imax Theatre dengan Harizah & Mahmudah, case kamera Marliyana hilang. Dah cari & dah laporkan, sekarang Marliyana redha & tawakkal sahaja. Mudah-mudahan Marliyana dapat balik, tapi kalau tak, mungkin Allah akan gantikan dengan yang lebih baik... Cuma, kalau Marliyana hilang kebolehan untuk menggerakkan setengah badan atau untuk bercakap, tu Marliyana tak pasti jikalau Marliyana dapat redha & tawakkal. Mudah-mudahan dijauhkan musibah seperti itu...

Tadi petang, ada kawan tu sms Marliyana, tapi mungkin cara Marliyana kurang menyenangkan hati, Marliyana rasa dia merajuk dengan Marliyana. Marliyana tak tau apa nak buat. Marliyana tak pandai nak pujuk orang, lebih-lebih lagi melalui sms. Nak call, Marliyana macam takut pulak kalau dia marah dengan Marliyana. Jadi Marliyana buat bodoh. Serba salah pulak rasanya. Tapi Marliyana benar-benar ada hal Selasa malam ni... Memang boleh skip, tapi... entah. sememangnya Marliyana serba salah.

Besok malam kawan Marliyana nak pergi Laos, bukan untuk Sea Games, tapi untuk buat kebajikan. Marliyana rasa Marliyana nak hantar dia sampai airport. Marliyana suka jalan-jalan kat airport sebenarnya. Marliyana rindu sangat nak naik kapal terbang... tapi...

Parents Marliyana dah benarkan Marliyana bercuti dengan kawan sepanjang dua minggu ke Australia bulan Jun depan. Marliyana pon dah bilang kawan Marliyana tu. Sekali, bila belajar untuk exam Tafsir tadi, Marliyana terlintas dengan suatu hadith, tak pasti riwayat siapa, dan samada ia sahih atau tidak, tapi Marliyana yakin Ustaz cuma menggunakan yang sahih sahaja untuk menyokong hukum-hukum yang disebut dalam nota tu. Sabda Rasulullah s.a.w.: "seorang wanita tidak dibolehkan keluar bermusafir lebih dari tiga hari kecuali ada bersamanya mahramnya." Marliyana yakin parents & abang-abang Marliyana taknak (atau tak mampu, maklumlah bujang nak kahwin...) pergi Australia. Jadi, rasanya Marlliyana terpaksalah batalkan nist nak kesana, melainkan pada masa tu Marliyana dah ada suami, dan kemungkinan ini rasanya amat tidak berkemungkinan langsung... Tengoklah macam mana... Kalau ada rezeki dan telah ditetapkan Marliyana akan dapat jejak Australia, maka suatu hari nanti Marliyana akan jejak juga. Lagipun keluarga Marliyana sedang menghadapi sedikit kesempitan wang jugak, jadi... yelah...

Tapi Marliyana sedih jugaklah. Dah ghairah sungguh... Mungkin nanti Marliyana cari lebih lanjut pasal hadith tadi kott. Niat Marliyana nak pergi Australia pun, selain untuk 'lari daripada dunia Singapura 24/7' adalah untuk menziarahi Umairah untuk melihat keadaan belia-belia Muslim disana, dan untuk mengalami melihat kangaroo yang bermacam-macam jenis di sana sini serta mengalami snow, kalau berkesempatan.... Takpelah, Marliyana simpan niat tu baik-baik okeh.

Tadi semasa nak berjalan ke majlis jemputan, Marliyana nampak motor (vespa agaknya) warna pink yang comel dan lawa sekali. Bila Marliyana tunjuk mak Marliyana, mak Marliyana setuju ia cantik, dan lebih penting lagi, mak Marliyana setuju kos motor lebih murah, dan ia lebih laju maka ia merupakan sesuatu yang praktikal bagi seorang pelajar. Mak Marliyana nampak ok aje kalau Marliyana nak amek lesen motor. Kalau ye betul Marliyana cekal hati untuk dapatkan lesen motor, Marliyana nak dapat sebelum Ogos tahun depan, jadi bila Marliyana masuk tahun kedua, Marliyana tak perlu sewa asrama lagi, dan kos asrama serta kos makan minum dan tambang bas dan sebagainya dapat disalurkan untuk membayar harga motor dan minyak. Yang membuat Marliyana teragak-agak ialah Marliyana rasa malu nak belajar motor, memandangkan yang belajar motor kebanyakannya lelaki... Marliyana tak selesalah nak langkah naik motor semua depan lelaki...

Marliyana singgah kedai singtel & Starhub tadi. Marliyana amat tertarik dengan telefon bimbit Samsung Preston, Samsung Jet & Samsung Omnia II. marliyana sebenarnya dah sediakan wang untuk untuk hp baru, tapi cuma Marliyana malu nak tanya-tanya harga dekat kedai. Lebih-lebih lagi kalau tukang jual tu jenis yang tak kuasa nak layan orang. Maklumlah orang ramai beli i-phone, Marliyana tak pandang pon telefon tu. Bila malu, Marliyana gagap & teragak-agak nak berbual, sampai salesperson tu pon tak paham apa Marliyana nak. Yang Marliyana dapat tahu tadi, Singtel kira mengikut per minute billing, dan Samsung Preston berharga $48 dengan student plan...

Kelmarin Marliyana berasa ghairah tentang Persantren Kilat. Marliyana yakin sangat ia mungkin merupakan sesuatu yang dapat mendidik dan merubah Marliyana menjadi lebih berdisiplin sebagai seorang Muslimah dalam amalan-amalan harian. Marliyana pon dengar feedback yang positif dari Mahmudah. Tapi lepas Marliyana dapat ketahui lebih lanjut, Marliyana jadi kurang pasti pulak. Mudah-mudahan niat Marliyana yang asalnya tercapai, disamping mendapatkan pengalaman baru...

Marliyana rasa Marliyana dah tahu kenapa Marliyana bersikap sangat temperamental kebelakangan ini, dan Marliyana semacam tidak boleh mengawal perasaan marah atau irritated. Bukan sebab Marliyana rebellious. Marliyana cuma kehilangan kesabaran terhadap setiap yang berlaku. Marliyana perlu lebih relekskan diri dan minda supaya tidak terlalu wound-up... Ya Allah, berikanlah aku kesabaran...

Marliyana tak tau kenapa alih-alih Marliyana blog sebegini. Marliyana memang rasa lain semacam gitu, tapi tak apalah. Marliyana dah ngantok. Dah lebih satu jam Marliyana taip. Marliyana nak tido. Marliyana dah penat berfikir. Marliyana nak shut-down buat beberapa jam...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster