La Tahzan La Tahzan La tahzan

Life is a university for us. Let's strive for all-round success. Hidup ini tarbiyah untuk kita. Ayuh usaha untuk kejayaan dunia dan akhirat.

Just sharing what I read  

Tuesday, September 25, 2007

Melawan 'Mike Tyson' di dalam diri kita

Seperti di dalam Hadis, Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat”

'Tapi sekiranya begitu? Macam mana kita masih bole nampak ader pakcik2 di Geylang minum di depan khalayak ramai tanpa segan silu? Kan setan dah kena tambat? Ada yang terlepas ker?"
Itulah soalan yang diajukan kepada kita oleh Ustaz Abdul Rahman semasa Kuliah ilmu yang lalu.

Ada yang menjawab "Nafsu ustaz.." "Knapa pulak dengan nafsu tu..?" Dan apabila tiada yang menjawab barulah Ustaz Abdul Rahman menerangkan lagi.

"Mike Tyson bagus dlm boxing kan? Siapa tak kenal.. Iron Mike.. Skali tumbuk K.O orang.Tapi siapakah orang mula2 ajar Mike ni technique2 boxing? - Personal Trainer dia yang train dia.Cara2 dia gerak geri dia. Jadik kalau haritu trainer dier takder, masih boletak Mike tyson ni gi boxing dgn opponent dia?" -- Suma mengangguk kepala.

"Sudah tentu bole. Personal Trainer ni bole diibaratkan syaitan dan yang dilatih dan dididik itu adalah nafsu kita. Walaupun syaitan telah diikat dan dihambat sewaktu Ramadhan, amalan2 buruk kita sewaktu sebelumnya yang telah dilatih oleh syaitan tetap masih ada pada nafsu kita."

"Jadi, sewaktu di bulan Ramadhan inilah kita berdoa kepada Allah s.w.t semoga kita dapat menundukkan 'Mike Tyson' kita supaya tidak melakukan maksiat."

Kiasan yang mudah difahami tetapi dalam maknanya..
Ya Allah.. Peliharalah Iman kami.. Amin Ya Rabbal Alamin..

From http://hafizh.blogspot.com/

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster