Diariku
Tuesday, March 11, 2008
Rasanya saya ingin menulis dalam bahasa Melayu hari ini hehe... Sesiapa yang menghadiri majlis haflah madrasah perdaus akan mengetahui sebabnya.
Saya sungguh gembira sekali pada hari ini! Saya tidak lambat menghadiri EHS briefing pada jam 10 pagi tadi dan saya diberi peluang untuk melihat kawasan dalam AS4 (TP Applied Science research center). Saya juga dapat berjumpa dengan sepurvisor saya Ms Yian dan mendapati penerangannya tentang projek DRP saya sungguh menarik sekali! Walaupun saya benar-benar tidak sabar untuk memulakan projek saya, saya rasa begitu sibuk pada bulan Mac ini. Makanya, apabila Ms Yian memberitahu bahawa kami akan bermula projek hanya pada awal bulan April, saya sungguh gembira sekali! Ms Yian sendiri menyuruh saya bergembira dan bersuka-ria selagi saya berada dalam masa cuti sekolah ini.
Selain itu, petang ini, saya akhirnya berhasil mendapatkan Diari yang saya bersusah-payah mencarinya (kesuluruhan, kurang-kurang 7 kedai telah saya lawati demi mencarinya). Walaupun saya tidak dapat membeli Diari Muslimah yang saya inginkan, saya rasa Diari Muslimin (dicetak dengan gambar daun-daun) pun memadai. Bagus juga mengambil tahu tentang ciri-ciri lelaki solehah, mudah sikit kot nak kenali calon suami huhu. Gurau sahajalah. Saya rasa saya akan meminta kak Fyza untuk photocopy beberapa mukasurat daripada Diari Muslimah-nya (yang berwarna merah jambu yang sungguh manis dan menawan sekali!). Saya tak sabar sekali untuk menulis di dalam diari saya. Sekarang saya dapat mengatur rancangan-rancangan saya dengan lebih baik lagi!
Tahniah kepada mereka-mereka di Titisan yang telah dipilih untuk menjalani "under-study posting". Amat susah sekali bagi kami komiti yang sedia ada untuk membuat keputusan dan kami amat berharap sekali bahawa keputusan kami tepat dan tidak perlu ditukar lagi. Satu pesan daripada saya selaku ASGH adalah supaya kamu dapat membezakan bilakah waktu bersuka-ria dan bilakah waktu untuk sirius dalam tanggungjawab yang diberikan. Saya akui saya sendiri tidak menjalankan tugas saya dengan baik. Saya harap kamu dapat mengambil contoh daripada Fifi dan Naza. =)
SGH: Nareeza
ASGH: Rayhana
Secretary/Treasurer: Haikal
Quartermistress: Amalina
Public Relations: Matin
Bagi yang lain yang tidak dipilih, jangan berasa hampa. Ada kemungkinan bahawa kamulah orangnya yang telah dipilih untuk mewakili Titisan di MAG main komiti. =)
P.S. Saya baru mendapat tahu bahawa saya perlu menulis kembali ucapan saya. Haha, itulah siang-siang tak cari garis pandu... Dilema wanita hahaha