Wink Wink & Urwah
Thursday, February 21, 2008
There's something wrong with my right eye. It keep stwitching and it's so distracting lah! Since yesterday... Now, quite okok. Over the next few days, kalau terperasaan ada orang ni terkenyit-kenyit mata, jangan salah sangka ehh!
Anyway, heard about Urwah Ibn Zubair Ibn awwam? Actually ngah cari-cari bahan for my madrasah assignment on "Tokoh-tokoh Islam dalam bidang Pelayaran" for subject: Sejarah & Tamadun Islam II semalam and I came across a few book prizes I received time madrasah kat Ghufran dahuluuuuuuu kala. sampai sekarang buku-buku tu belum dibaca seh ish. Well, better late than never!
I was searching for something relating to pelayaran and found nothing but one chapter caught my attention. It's about Urwah and khusyuknya dalam solat. Khusyuk solat Urwah lebih effective daripada bius! Urwah meminta kakinya yang diserang penyakit merebak (gangrene I suppose) dipotong ketika dia sedang solat and the pembedah actually did it! Alangkah khusyuknya solat Urwah... Apabila Urwah ditanya samada dia ingin dibius sebelum pembedahan, Urwah berkata, "Jangan, aku yakin tiada seorang yang beriman kepada Allah mahu meminum sesuatu yang dapat menghilangkan akalnya, kerana jika hilang akal, ia akan lupa kepada allah. Tetapi jika kamu harus memotong kakiku, maka laksanakanlah tugas itu di saat aku sedang solat supaya aku tidak merasa sakit." Beranikah kamu melakukan seperti Urwah? Adakah solatmu sekhusyuk solat Urwah?
Another part of the story is after his leg had been amputated.. That same night, his son died being killed when he was kicked by a horse. Instead of asking things like, "Why must all this happen to me??" and such, Urwah actually said, "Ya Allah, segala puji bagiMu, aku mempunyai empat kaki dan tangan, kemudian Engkau ambil satu. Kini hanya tinggal tiga. Dan aku mempunyai tujuh anak, kemudian Engkau ambil satu, kini mereka tinggal enam orang. Jika Engkau tiba-tiba memberi penyakit setelah memberi kesihatan, dan jika Engkau mengambil apa yang telah Engkau berikan, maka segala puji bagiMu, ya Allah." Sungguh kuat iman Urwah sehingga redha dengan apa sahaja yang menimpanya!
Kalau aku... Hai... ya Allah, kuatkanlah imanku dan bersihkanlah hatiku supaya redha dan bersyukur atas segala yang Engkau takdirkan kepadaku sepertimana didalam kisah Urwah itu... Amin...
Tak tahulah macam mana nak amputate kaki someone yang tengah solat and tak tahulah tendangan apa kuda tu bagi kat anak Urwah, tapikan innalillahi wa innalillahi rajiuun...
Bersyukurlah kamu cukup sifat dan kamu mempunyai keluarga yang lengkap. Jika kamu tiddak mempunyai antara satu ataupun keduanya sekali, tetap bersyukurlah kamu. Semoga Allah redha atas kita. Amin.
Oh, lupa nak bilang tajuk buku.. "Kisah-kisah Insan Pejuang" oleh Abdul Mun'im.