Belajar hingga ke Liang Lahat & Berbaik sangka
Monday, February 18, 2008
Aduh, visiting Sis Khadijah and Sis Hida's blog, terasa macam nak ikut jejak mereka, sanggup menimba ilmu di tempat yang asing, berjauhan dengan keluarga dan teman-teman. Tapi alahai Arab yours truly ni macam apa. Setakat budak madrasah pri 1 adalah kott.
Anyway, came across a reminder at Sis Hida nye blog. ada kena mengena dengan KPR. Jangan marah ye Sis tak mintak izin use your words... This was what she wrote:
Berbaik Sangka
1) bila berjumpa kanak-kanak,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka belum dibebani dosa
2) bila berhadapan dengan orang tua,anggaplah mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita
3) bila berjumpa dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia kerana banyak ilmu
4) bila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuai
5) bila berjumpa orang jahat jangan anggap kita mulia. Katakan mungkin mereka akan bertaubat pada masa tuanya sedangkan kita belum tahu akhirnya