La Tahzan La Tahzan La tahzan

Life is a university for us. Let's strive for all-round success. Hidup ini tarbiyah untuk kita. Ayuh usaha untuk kejayaan dunia dan akhirat.

Alhamdulillah  

Tuesday, October 05, 2010

Bila jiwa terasa kosong, hidup bagaikan hilang segala ertinya. Makanya hendaklah jiwa itu diisi dengan zikir kepada Allah, supaya ketenangan dapat terasa...

Di keheningan malam tanpa teman mendampingi diri,
Saat ketenangan dicari dan didamba sang hati,
Terasa diriku bagaikan dinyahut dan diseru,
Untuk menjadi tetamu, khas di rumahMu.

Kebelakangan ini hati terasa begitu resah,
Diselimuti pelbagai macam masalah.
Tapi dini hari sebagai tetamuMu,
Telah aku luahkan segala isi hatiku itu.

Walaupun masalah tetap masalah,
Namun pelbagai nikmat berlimpah-ruah.
Lalu hanya satu kalimah membasahi lidah,
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

:)))))

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster