La Tahzan La Tahzan La tahzan

Life is a university for us. Let's strive for all-round success. Hidup ini tarbiyah untuk kita. Ayuh usaha untuk kejayaan dunia dan akhirat.

Mixed Emotions  

Wednesday, June 18, 2008

Link 1 to KRC pics by Sis Maryam

Macam-macam yang sedang dirasai hinggakan aku sendiri tidak tahu apakah 'perasaan' itu. Ketika Ustaz Irwan meneranglan tentang 'FAST' dimana F menandakan 'feelings', aku tak tahu nak dijawab apa. Aku teringat ketika di dalam ferry pulang, ketika semua nyenyak tidur, aku tidak dapat lelapkan mata sebab air mata deras mengalir. Terlalu banyak yang bermain di benak fikiran hingga ke saat ini. Dan ia tidak hanya merangkumi KRC sahaja, malah menyeluruh tentang hidupku dan matiku.

Sebenarnya aku ini tidak mahu blog pada hari ini. Namun perasaan yang bergolak membuat aku membuka blogger ini untuk meluahkan isi hati.

Tidak tahu mengapa, kebelakangan ini aku banyak memikirkan tentang mati. Perasaan yang dirasa lebih kepada sedih daripada takut padahal aku patutnya takut sekali atas dosa-dosa yang banyak yang telah aku lakukan. Aku sedih atas banyak sebab yang secara berterus terang aku sebab-sebab tersebut sentiasa bersilih ganti atau bertambah. Terasa pilu sekali di hati ini.

Mungkin seseorang itu yang patut mengawal perasaannya dan bukan sebaliknya di mana perasaan mengawal diri, namun itu yang aku lalui saat ini. Aku tidak dapat mengawal perasaan yang menyelubungi diri.

Rasa pilu mengatasi perasaan-perasaan lain. Sebenarnya aku tak 100% pasti jiklau 'pilu' merupakan perkataan yang tepat untuk menjelaskan apa yang dirasai. Yang pasti, aku tidak berasa begitu gembira walaupun aku amat menyenangi activiti snorkeling yang sungguh menyeronokkan.

Aku tidak henti-henti berasa kecewa terhadap diriku dan juga terhadap orang di sekelilingku. Yang ini, terdapat terlalu banyak sebab sehingga terlahirnya perasaan ini. Kecewa atas diriku sebagai Muslimah, sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai sahabat, sebagai pengikut dan sebagai ketua. Kecewa. Amat kecewa. Aku juga kecewa atas orang-orang disekelilingku yang padaku kadang-kadang kurang prihatin atas perasaanku dan atas diriku serta tidak memahami atau tidak mahu cuba memahami keadaanku, masalah-masalahku, rintangan-rintanganku dan juga perasaanku. Kadang kala aku terasa terkecuali. Kadang kala aku terasa menyendiri dan sepi.

Bagiku, bagaimana aku layani kamu, begitu juga bagaimana aku ingin dilayani. Aku amat berpegang pada prinsipku di mana aku berbuat pada orang bagaimana aku ingin diperbuat. Prinsipku ini menjadi cabaran bagiku ketika KRC apabila aku tidak dilayani sebagaimana yang diinginkan. Di saat aku meminta bantuan yang amat mendesak pada suatu ketika, tiada siapa yang menghiraukan. Mungkin kecuali seorang sahaja. Adik, yang dapat aku lihat pada wajahnya, sekurang-kurangnya dia prihatin dan menghiraukan situasiku. Mungkin bagi yang lain apa yang aku hadapi amat remeh sekali dan aku hanya membesar-besarkan isu yang kecil. Namun kejadian itu amat ketara sekali menunjukkan bahawasanya aku ini tidak dihiraukan. Sepertinya aku ini diperkecilkan.

Ini hanya satu sahaja peristiwa yang mengajarku bahawasanya meminta tolong pada manusia kadang kala hanya membuang masa. Inilah sebabnya apabila melakukan sesuatu, aku cenderung terhadap membuatnya seorang diri. Aku lebih selesa bergantung pada diriku dan hanya pada Allah. Meminta bantuan daripada manusia adalah jalan keluar apabila terdesak. Aku hanya akan bergantung pada orang lain jika aku tidak mempunyai pilihan lain. Mungkin ini merupakan suatu pandangan yang egoistic, yang mungkin tidak sihat bagi diriku, lebih-lebih lagi apabila perlu bekerjasama dalam satu kumpulan. Ia adalah cabaran bagi diriku. Aku tidak menafikan bahawasanya bekerjasama dalam suatu kumpulan itu mengurangkan beban atas diriku seorang, tapi terus terang sekali aku mempunyai banyak peristiwa pahit yang mengajarkanku sebaliiknya.

Entah mengapa, ini yang menjadi kenangan paling ketara bagiku, yang mengatasi pengalaman-pengalaman indah seperti ketika melihat coral-coral di dasar lautan ketika snorkeling, ketika melihat keindahan alam ciptaan Allah, ketika menyaksikan matahari terbit, ketika bergembira bersama teman-teman, ketika bergelak-ketawa menyaksikan gelagat teman-teman dan sebagainya.

Ingin aku minta maaf kerana ini merupakan entry pertama selepas KRC yang sepatutnya dipenuhi dengan kegembiraan dan kegaguman dan mengongsi tentang saat-saat ceria yang mengukirkan senyuman bagi semua yang hadir untuk KRC. Ini juga sebabnya aku tidak mahu blog dahulu sebelum yang lainnya blog tentang saat-saat gembira mereka, tapi aku terasa tidak berdaya menahan isi hati ini. Aku tidak ingin perasaan negatif ini disalurkan pada perilaku yang negatif. Maka baiknya aku cakap disini dan habis disini, dengan harapan aku dapat lebih fokus dalam apa yang perlu aku fokuskan pada saat ini.

KRC 4 will always be the best of all memories. THAT was a truly unforgettable pleasing experience which never fails to make me smile.

KRC 5 taught me alot of things. Maybe a bit different from what others learn. Cause my experience somewhat is different from others to begin with.

Cabaran. Apa itu cabaran bagimu?

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster