1428H
Sunday, January 21, 2007
Assalamualaikum semua! Tahun 1427H telah berlalu sudah dan banyak yang telah berlaku.
1427H merupakan tahun yang terbaik sejauh ini buatku, dengan sebab ia telah menjadikanku seorang muslimah yang lebih bertaqwa kepada Allah, seorang pelajar yang lebih berdedikasi, seorang anak yang lebih menghormati (bertanggungjawab... hmm... insyaAllah tahun ini) dan seorang insan yang lebih berguna. Dari segi pelajaran sahaja, 1427H telah meletakkanku di dalam kegagalan serta kejayaan. Banyak yang telah aku pelajari tahun lalu daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku. Peristiwa-peristiwa yang kebanyakan tak mudah buatku melupakan.
Tahun 1428H menjelang tiba. Banyak lagi yang ingin aku kecapi, pelajari dan mengalami. Semoga tahun ini lebih baik bagiku, dan juga bagimu, dari segi iman, kesihatan, pelajaran, kerjaya, hubungan dan kehidupan secara seluruhnya. InsyaAllah...
InsyaAllah, I'll be adding my resolutions soon. I thought of keeping it private, but I remembered Ramesh's words. If you want to achieve something and there is a possibility that you won't achieve it, tell it to your family and friends so they can be a source of motivation for you 'cos then you's feel obligated to fulfill what you've told them. :)