La Tahzan La Tahzan La tahzan

Life is a university for us. Let's strive for all-round success. Hidup ini tarbiyah untuk kita. Ayuh usaha untuk kejayaan dunia dan akhirat.

Perihal.. Macam-macam lah!  

Thursday, February 19, 2009

Anda tau apa yang saya inginkan pada saat ini?

Saya ingin bersiar-siar atau jika boleh, bermusafir sekalipun, buat beberapa hari untuk menenangkan fikiran dan mencari kembali diri saya yang sebenar. Saya rasa saya telah kehilangannya dalam keghairahan saya menikmati kebebasan selepas SIP.

Hmm... Macam Sufi pulak. Ehh tak tak, ia tak terlintas dalam fikiran saya pun sebelum ini.

---------------------------------------------------------------------------------------

Petang tadi saya berpeluang untuk menziarahi kedai Muslimedia di Bussorah Street/Kandahar Street (err... saya kurang pasti yang mana sebetulnya). Berasa sungguh seronok sekali melihat buku-buku di situ. Namun ketika membelek buku-buku di situ, saya mendapati saya hanya mempunyai wang cukup untuk 2 buah buku sahaja... Satu di antaranya ialah untuk tugasan DPI iaitu buku Kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 6. Yang satu lagi, saya mendapati amat sukar untuk mencari buku yang benar-benar penting buat saya dan harganya bersesuaian dengan bajet saya. Setiap buku yang saya belek begitu menarik, tetapi saya terpaksa meletakkannya kembali ke rak-rak buku kerana saya tahu sekalipun saya membelinya, saya tidak akan mempunyai masa untuk membacanya. Di rumah sahaja, saya mempunyai sekurang-kurangnya 3-5 buku yang saya ingin membacanya. Hmm...

Akhirnya buku yang saya pilih adalah buku 9 cara Praktis Menghafal Al-Qur'an... Sebabnya, saya rindu menghafal surah-surah didalam kitab suci. saya sudah meninggalkan amalan ini sejak meninggalkan madrasah separuh masa peringkat menengah lebih dari setahun yang lalu. Tentu sekali ini masa yang lama dan apa yang telah saya hafal pun kebanyakkannya sudah pudar dalam ingatan. Sedih sekali. Terasa iri mendengar teman-teman di NI telah pun menghafal dan mentasmi' bacaan dari belakang hingga Surah Baiyyinah... Sehinggakan terasa tidak berani menghadiri Qur'an Circle kerana rasanya tidak mampu dapat mengejap mereka. Memang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Entahlah, saya cuma meragukan kemampuan saya. Maklum juga mereka kebanyakkan/semua adalah daripada madrasah sepenuh masa, saya ini hanyalah daripada madrasah separuh masa. Hafal pun tak silap hingga Surah Al-A'la sahaja. Dan sungguh, apa yang telah dihafal sudah dilupakan. Mudah-mudahan dengan adanya buku baru ini, saya akan dapat membulatkan tekad untuk mengharungi cabaran yang saya letakkan pada diri saya sendiri. Memang banyak yang telah mencabar diri saya, tetapi saya selalu gagal dan mengecewakan diri saya sendiri. Ini tentu sekali menjejaskan keyakinan diri saya. Mungkin saya perlu mengecilkan skop cabaran buat diri saya, semoga dapat dicapai.

Hmm... Mendangar suara hati saya ini, sepertinya saya perlu membaca buku Jangan Bersedih yang saya beli tahun lepas. Agak lama sudah saya memiliki buku itu tetapi tidak sempat mengkhatamnya lagi.

-------------------------------------------------------------------------------------

Saya tidak sabar untuk membaca buku-buku yang saya ada. Saya akan bermula dengan buku Fikah tadi secepat mungkin supaya dapat menyelesaikan tugasan sebelum tarikh penghantaran tugasan.

Saya tidak sabar untuk memulakan praktikal memandu. Esok juga saya akan membuat janji.

Saya tidak sabar untuk menyelesaikan pendaftaran ke universiti tempatan. Esok saya akan ke sekolah untuk menyediakan dokumen-dokumen yang perlu dihantar.

Saya tidak sabat untuk setiap perkhemahan yang akan diadakan dalam bulan Mac ini. Esok saya perlu menghadiri mesyuarat untuk satu perkhemahan itu. Perkhemahan yang lain, saya hanya perlu menghadirinya sebagai peserta.

Saya tidak sabar untuk chalet bersam kelas politeknik. Saya akan cuba untuk meluangkan masa untuk membantu membeli makanan buat chalet itu, untuk memastikan ia halal.

Saya tidak sabar untuk keluar bersama teman-teman yang sudah agak lama tidak bersua muka. Jumaat ini saya akan bermula dengan temujanji bersama Siti.

-------------------------------------------------------------------------------------

Saya bersama amat gembira sekali! Pada saat yang sama, saya juga berasa risau dan takut dan sedih... Dan kecewa. Gundah-gulana betul.

Tak mengapalah ini hanya suatu fasa buat waktu ini. Ia akan berlalu. Doakan saya mendapat ketenangan ya? Semoga doa itu untuk awak juga!

-------------------------------------------------------------------------------------

OH, terlupa pula saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang kakak ini yang telah membelikan saya dua buku sebelum ini yaitu buku The Meaning of the holy Qur'an dan buku Summarized Sahih Al-Bukhari Arabic-English. Dan beliau juga telah memberikan sedikit wang dan wang itulah yang saya gunakan untuk membeli kedua-dua buku yang disebut diatas. Semoga Allah memurahkan rezekimu dan mendapat ganjaran setimpalnya (atau lebih) atas pemberian yang sungguh bermakna ini.

-------------------------------------------------------------------------------------

Saya ingin memenuhi setiap hari saya dengan baik. Sudah waktunya saya berhenti membuang masa, namun ya... ia akan mengambil sedikit masa buat saya berubah. Saya masih lagi ingin bermain-main =) Darah mudalah katakan! ;)

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster