La Tahzan La Tahzan La tahzan

Life is a university for us. Let's strive for all-round success. Hidup ini tarbiyah untuk kita. Ayuh usaha untuk kejayaan dunia dan akhirat.

Kelas  

Wednesday, February 18, 2009

Saya rasa saya pernah nyatakan betapa saya gemar menghadiri kelas yang dikendalikan oleh Ust Fathurrahman kan? Bila saya dapat tahu Ust mengambil kelas kami buat modul Fiqh Muamalat, rasanya gembira sangat, tak ingin tinggalkan satu kelas pon. Kalau boleh, nak duduk depaaaaaaaan sekali.

Pertama sekali, kelas-kelas yang dikendalikan Ust Fathurrahman selalunya habis siang! Tapi oleh kerana cara penyampaian Ust yang jelas lagi interaktif, kalau kelas habis lambat sedikit pon saya rasa tak menjadi masalah.

Kedua, cara Ust mengajar memerlukan kami untuk mengimbas kembali pelajaran-pelajaran yang lalu supaya sentiasa segar dalam ingatan. Contohnya Ust pernah mengongsi dengan kami bagaimana timbulnya perbezaan kaedah meletakkan hukum antara 4 imam besar, khususnya Imam Shafie, yang menjadi amalan kebanyakkan kami penduduk di Singapura, dan Imam Hambali (kalau tak silap) pada modul Sejarah Perundangan Islam tahun lepas dan minggu lalu, Ust mengutarakan soalan mengenai perbezaan itu lagi.

Ketiga, Ust juga menekankan prinsip-prinsip berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah dalam diri kami melalui pelajaran kami. Contohnya minggu yang lalu kami belajar tentang Jual Beli Salam/Salaf atau tempah-menempah. Ketika menerangkan hukum tempah-menempah ini, Ust menguatarakan soalan tentang MENGAPA ia dibolehkan dalam Islam sedangkan ia mempunyai aspek-aspek kemudaratan yang bersangkutan dengan penipuan. Setelah kami memecah otak dan memberi pelbagai macam jawapan, Ust kemudian menyedarkan kami akan satu jawapan yang mudah, yakni, bukankah tempah-menempah itu dalilnya yang membolehkannya? Oleh kerana terdapat hadith sahih yang membolehkannya, makanya ia dibolehkan dalam Islam. Jawapan-jawapan yang kami berikan hanya merupakan hikmah-hikmah mengapa ia dibolehkan. Kesimpulannya, kami harus berpegang teguh dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah yang menjadi petunjuk buat kita semua.

Terdapat banyak lagi sebab mengapa saya gemar menghadiri kelas-kelas Ust. Namun tak perlulah saya tuliskan semuanya di sini.

Jika anda berminat untuk membaca sebuah artikel yang ditulis oleh Ust, silalah klik di sini.

Dari saat ini hingga pertengahan bulan Mac, saya akan berusaha untuk bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu sebanyak mungkin untuk memperkayakan lagi penggunaan Bahasa Melayu saya untuk Perkhemahan Bahasa Melayu pada bulan Mac kelak. =)

Akhirnya, terdapat juga faedah saya mengambil Bahasa Melayu Lanjutan -_-

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster