Believing in yourself
Monday, November 22, 2010
Even if you lose hope in yourself, don't lose hope in Allah k Marli k?
I came across this article awhile back:
*Siri Penulisan HOPE ini diadaptasi dari Modul Pengisian Tahajjud Cinta 3 : HOPE, Kehidupan Sebagai Ujian*
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Urwah merupakan putera kepada pasangan 2 sahabat nabi Muhammad yang begitu terkenal iaitu Zubair bin Al-Awwam dan Asma’ binti Abu Bakar as-siddiq. Kisah kecekalan Urwah sangat menyentuh hati. Urwah masih lagi redha dengan ujian yang diberikan oleh Allah kepadanya walaupun ramai orang yang mengganggap ujian itu terlalu berat untuk dipikul. Namun, kerana sikap redha dan juga yakin dengan ketentuan Allah, Urwah sentiasa menerima musibah sebagai ujian dan beliau juga yakin bahawa pasti terdapat hikmah disebaliknya.
Suatu hari ‘Urwah diundang oleh Khalifah Walid bin Abd Malik untuk datang ke istananya di Syam. Dalam perjalanan, ‘Urwah merasakan sesuatu yang tidak kena pada kakinya. Tidak lama kemudian, timbul sebuah bisul dikakinya lalu menjadi luka. Setibanya di Syam, khalifah mendatangkan seorang tabib untuk merawat luka itu. Setelah memeriksa luka itu, Tabib menyimpulkan bahawa luka itu merupakan suatu jangkitan yang akan merebak ke seluruh badan jika tidak dihentikan segera dengan memotong kaki.
Beliau setuju untuk kakinya dipotong tetapi beliau mahu tetap berada dalam kesedaran sewaktu operasi dijalankan dengan alasan beliau mahu sentiasa mengingati Alllah meskipun harus merasa kepedihan. Akhirnya tabib itu memotong kakinya dengan gergaji, sementara ‘Urwah dengan penuh kesabaran menyaksikan perkara itu tanpa sedikit pun mengeluarkan suara kesakitan.
Pada waktu yang sama, seorang anak ‘Urwah yang menemaninya dalam perjalanan telah ditendang oleh seekor keldai sehingga anaknya meninggal. Pelbagai ujian yang menimpa ‘Urwah namun belaiu masih boleh menemui alasan untuk memuji Allah meskipun dalam musibah yang memilukan. ‘Urwah berkata seperti ini:
“Ya Allah, Engkau memberikan 7 orang anak. Jika engkau mengambil satu orang, Engkau masih meninggalkan 6 lainnya. Dan Engkau memberiku 4 anggota (2 tangan, 2 kaki). Jika engkau mengambil satu, Engkau masih meninggalkan 3 yang lain.”
Masha Allah, begitu kuat keimanan Urwah dalam menghadapi ujian Allah. Tidak ramai orang yang dapat tetap menjaga fikiran positif, apa lagi bersyukur kepada Allah, ditengah-tengah hentaman musibah yang bertubi-tubi. Hanya orang yang benar-benar redha dengan ujian Allah sahaja yang dapat melakukan hal itu.
Pengajaran yang boleh kita cedok daripada kisah di atas ialah, setiap perkara yang berlaku kepada kita memang telah ditetapkan oleh Allah dan semuanya merupakan ujian untuk kita untuk menguji sejauh manakah iman kita .Oleh itu, tiada gunanya kita menyalahkan takdir. Yakinlah bahawa Allah Maha Mengetahui terhadap segala sesuatu kerana Allah adalah pencipta segala alam ini.
Firman Allah dalam al-ankabut:2
“ adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan “Kami telah beriman”, sedangkan mereka belum diuji?”
Kelapangan dan kesempitan , kekayaan dan kemiskinan , kejayaan dan kekalahan, kesenangan dan kegembiraan, kesedihan dan kesusahan semuanya adalah UJIAN. Adakah kita yakin bahawa kita telah menggunakan kelapangan masa yang dianugerahkan Allah untuk melakukan kebaikan untuk mencapai redhaNya? Adakah benar bahawa kita telah beramal sebaiknya sewaktu kita sihat? Adakah benar bahawa rezeki kurniaan Allah digunakan untuk tujuan yang betul? Banyak lagi persoalan yang perlu difikir dan direnung kembali. Sesungguhnya orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah akan menganggap semua itu adalah ujian. ujian bukan diturunkan untuk menyusahkan kita tetapi ujian adalah sesuatu yang perlu diatasi dengan bijak agar kita mampu menjadi hamba Allah yang bersabar.
Firman Allah:
“Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka, (sebagai) bunga kehidupan dunia, agar Kami uji mereka dengan (kesenangan) itu. Kurnia Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal.”
Kenapa kita diuji? Kenapa setengah orang cepat berputus asa apabila menerima sesuatu musibah? Sedangkan semua itu adalah ujian daripada Allah untuk menilai siapakah yang terbaik amalannya dalam kalangan manusia. Kita sepatutnya bersyukur sekiranya ditimpa ujian kerana sebenarnya Allah sedang menilai kita untuk diberikan kita syurga, ganjaran yang tiada tandingan.
Firman Allah dalam Al– Kahfi:7
“…sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya…”
Allah tidak akan membiarkan manusia diuji di luar batasannya. Allah tahu bahawa kita mampu untuk memikulnya. Oleh itu, janganlah kita menolak kepercayaan yang diberikan oleh Allah kepada kita dengan berasa putus asa dan cepat mengalah .
Firman Allah lagi di dalam surah al-Baqarah:286
“Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
Allah tidak sesekali meninggalkan hambaNya. Allah tahu kehendak manusia oleh sebab itu Allah telah menasihati kita serta memberi garis panduan bagaimana untuk menghadapi ujian itu sendiri. dalam surah Yusuf: 187
“..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”
Kesimpulannya, tabah dan sabarlah menempuhi kehidupan ini kerana kehidupan itu sendiri merupakan ujian buat kita. Seindah atau seburuk mana pun kehidupan dan dunia di mata kita, akhirat jualah tempat kembali. Jadi, anggaplah ujian sebagai jalan untuk kita menuju syurganya.
http://www.ataphijau.com/2010/03/24/hope-the-seriescinta-menguji-iman/
Sedang meyakinkan diri sepenuhnya bahawa Allah tidak akan membebani hambaNya lebih daripada kemampuannya.
I can do this. I can do this. I'd always been a clown juggling all the balls in my hands carefully. I'd let go of so many balls and there's just a few left, how can it be harder than before when there were more balls?
I can do this, yes I can.