Kata-kata perangsang
Sunday, April 18, 2010
Indah kata-kata perangsang Ustazah Sakinah:
Dari Anas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya: “Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn ...Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).
Untuk adik-adik dan pelajar-pelajar saya di UKM , saya hadiahkan kata-kata berikut agar terus berusaha mencapai kejayaan:
Kadangkala hidup ini seringkali terasa pahit
lantaran kita berasa kerdil di sisi manusia-manusia hebat.
Tapi sebenarnya kita lupa bahawa kita juga manusia seperti mereka.
Kita lupa kita mampu menjadi hebat. Kerana KITA MANUSIA!
Berjuang untuk menjadi yang terbaik adalah hak kita.
Selagi mana kita tidak lupa, hidup dan mati kerana Allah, selagi itu kita manusia HEBAT!
Inginkan SEMANGAT?
Ketahuilah, Semangat itu datang dalam diri yang hatinya memburu redha Tuhan =)
Salam perjuangan untuk mu.
Moga terus teguh berteman hati yang kukuh.
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Semoga Ustazah diberikan kesembuhan yang cepat...